BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Adakah lafaz taklik yang pertama masih boleh digunapakai (sah) atau terbatal setelah si suami melanggar lafaz taklik tersebut dan merujuk kembali bekas isterinya.. Lafaz taklik yang sebelum ni, masih legit atau sudah terbatal ye..?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, sekiranya telah berlaku pelanggaran taklik dan gugur talak, maka taklik tersebut telahpun luput.

Walau bagaimanapun, memandangkan pihak yang berbidangkuasa menentukan sah atau tidak suatu lafaz taklik talak dan sama ada taklik talak telah dilanggar adalah pihak Mahkamah Syariah, maka perkara tersebut perlu dirujuk kepada pihak mahkamah Syariah yang terdekat dengan kadar segera.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image