Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Bismillah..
Assalammualaikum..
situasi saya begini tuan,
* Bapa kandung (59 tahun) tidak bekerja, menerima bantuan JKM bulanan rm700, tiada komitmen hutang rumah atau kereta, mempunyai pendapatan berkala hasil sawit dan mempunyai simpanan barang kemas. (terlibat dengan hal bunian)
* Ibu kandung saya telah meninggal (selalu dipukul dan diabaikan nafkah sewaktu hidup) - saya sedang membayar pinjaman Tekun arwah secara ansuran-
* Mak tiri saya tidak bekerja (berumur 39tahun)
1. Saya anak perempuan sulung 30an (berkahwin 3 orang anak, bekerja gaji hari)
2. mempunyai adik seibu sebapa 2 orang (bawah 18tahun)
3. sebapa lain ibu 2 orang (bawah 5 tahun)
4. bapa kandung menanggung anak tiri 2 orang (bawah 18tahun)
adakah hukum WAJIB saya beri bantuan duit kepada bapa?
saya dahului dengan ucapan terima kasih banyak tuan atas jawapan yang diberi..
Jawapan
Dalam Islam, berbakti kepada ibu bapa adalah kewajipan yang sangat dituntut. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra (17:23):
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau keduanya sekali sampai kepada usia tua, maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia.
Sebagai anak perempuan, puan tidak wajib memberi nafkah kepada bapa kandung secara mutlak dalam semua keadaan. Namun, sekiranya bapa kandung tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan yang tetap (selain bantuan JKM yang RM700), puan boleh membantu, terutama jika beliau tidak mampu menanggung diri dan tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk hidup. Namun, nafkah kepada bapa kandung tidak dianggap wajib bagi anak perempuan (berbeza dengan anak lelaki), tetapi ia adalah tindakan yang sangat digalakkan sebagai bentuk berbakti kepada ibu bapa terutamanya apabila mereka dalam kesusahan.
Dalam situasi yang dinyatakan ini, nafkah untuk anak tiri adalah tanggungjawab kepada ibu tiri dan bapa kandung, dan ini bukanlah tanggungjawab anak kandung (puan) secara langsung, kecuali jika ada kelapangan atau jika puan berniat untuk membantu mereka.
Sekian, terima kasih.