BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. saya nak tanya berkenaan talak. suami saya pernah ugut nak cerai tapi tak lafazkan sudah 2 kali. lepas itu yang terkini iaitu 2 hari lepas(rabu) saya ada gaduh dengan suami berkaitan kerja saya. suami ada cakap kalau saya keluar rumah akan jatuh talak. waktu tu kami memang di luar rumah. di halaman rumah. saya tak ada keluar dari rumah pergi mana-mana. keesokannya sy pergi kerja, mcm biasa saya akan minta dia jaga anak waktu pagi dan bagitahu hendak pergi ke kerja dan dia cakap pergilah. nak tanya adakah talak sudah jatuh atau bgaimana? Terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada kenyataan puan iaitu : suami ada cakap kalau saya keluar rumah akan jatuh talak. Itu boleh dikategorikan sebagai hasrat suami seperti "aku akan ceraikan kau kalau kau keluar rumah". Boleh jadi keluar rumah yang dimaksudkan ialah jika isterinya lari dari rumah atau meninggalkan rumah atau keluar tanpa keizinan suami. Justeru, jika isteri melakukan perkara seperti itu, maka suami akan menceraikan isterinya.

Walau bagaimanapun, pihak yang berbidangkuasa di dalam menentukan jatuh atau tidak talak adalah Mahkamah Syariah, maka disarankan untuk melaporkan perkara tersebut ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image