BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam Ustaz,

Soalan saya,  apakah hukumnya jika kita memutuskan hubungan silaturrahim bersama bapa kandung, sekiranya bapa kandung saya ada mengamalkan amalan seperti sihir menyihir yang menyebabkan membawa mudarat kepada ahli keluarga saya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Hukum memutsukan silaturrahim sesama muslim adalah haram terutama sesama ahli keluarga sendiri. Berdasarkan situasi yang diterangkan, tidak perlu sampai memutuskan silaturrahim. Akan tetapi langkah berjaga-jaga juga perlu diambil bagi mengelakkan mudarat. Boleh dapatkan bantuan pakar bagi melindungi diri daripada sihir. Sambil itu, boleh cuba untuk dakwah dan nasihatkan bapa supaya menjauhi perbuatan syirik. Melihat kepada keadaan, berjauhan sementara dengan bapa tanpa memutuskan silaturrahim boleh dilakukan jika perlu. Memutuskan silaturrahim tidak akan menyelesaikan masalah amalan dan perbuatan sihir yang dilakukan oleh bapa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image