BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya apakah cara terbaik untuk melupuskan sampul raya yang mengandungi kalimah "Bismillah" dalam tulisan rumi.  Adakah saya perlu membakarnya seperti kertas-kertas yang mengandungi ayat al-Quran?

Terima kasih di atas penjelasan pihak tuan/puan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan, cara terbaik bagi melupus apa-apa sahaja barang yang terdapat zikir, ayat al-Quran atau nama-nama Allah adalah dengan membakarnya. Lalu sisa bakaran tersebut hendaklah dikumpulkan dan diletak ditempat yang selamat seperti ditanam pada tempat yang bersih dan tidak dilalui oleh orang ramai supaya tidak dipijak. Selain itu, boleh juga ia dihanyutkan ke dalam laut atau sungai yang mengalir.

Namun, perkataan Bismillah bertulisan rumi tidak termasuk dalam ertikata al-Quran kerana al-Quran itu hendaklah dalam bahasa Arab. Maka kertas bertulisan Bismillah tersebut boleh di lupuskan dengan menggunakan mesin pemotong kertas.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image