BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya adalah seorang designer dan berkerja untuk syarikat non muslim. Saya sepanjang saya kerja perayaan non muslim seperti wesak, merry christmas dll. Tetapi baru baru ni, Majikan saya menyuruh untuk membuat poster ucapan Good Friday dan Jesus day. Saya agak kurang selesa. Apa hukum dan boleh ke saya lakukan atau tidak? terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Membuat poster atau rekaan grafik yang berkaitan dengan perayaan agama atau kepercayaan lain adalah tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia melibatkan pengiktirafan terhadap akidah yang bertentangan dengan pegangan seorang Muslim. Dalam situasi seperti ini, sebaiknya berbincanglah secara baik dan berhikmah dengan majikan agar mereka memahami sensitiviti dan batasan yang perlu dijaga oleh seorang Muslim.

Namun, jika selepas perbincangan itu, majikan tetap memaksa dan enggan bertolak ansur, dan keadaan tersebut boleh membawa kesan negatif yang serius seperti kehilangan pekerjaan atau sumber rezeki utama, maka dalam keadaan darurat seperti itu, dibolehkan untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan syarat hati tidak meredhai perbuatan itu dan terus berusaha mencari jalan keluar yang lebih baik pada masa hadapan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image