BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalammualaikum.. saya ingin memastikan sama ada jatuh nya talak atau tak,sekiranya suami ingin menceraikan saya kerana dia ingin rezeki dia lancar tanpa halangan.rezeki dia tersekat kerana saya, ini terjadi kerana kami sering bergaduh dan sy sering d maki d jerit d hadapan kawan dia,dan saya berkata saya ada maruah lg bukan untuk d maki d hina d tengking d hadapan kawannya. dan dia begitu marah menghantar wasap kepada saya dengan perkataan yang dia tulis 

suami : (Nama penuh saya)aku ceraikan kau dengan talak.... berapa kau nak ?

adakah dengan perkataan d atas jatuhnya talak ke tidak?

semoga saya mendapat jawapan ini setelah saya menhantarkan soalan ini.. TERIMA KASIH 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, teks dalam aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh suami iaitu:-

suami: (Nama penuh saya)aku ceraikan kau dengan talak.... berapa kau nak? 

Adalah dikategorikan sebagai talak secara kinayah. Iaitu sekiranya suami berniat cerai semasa menaip ayat tersebut, maka talak boleh jatuh. Sekiranya suami tidak berniat cerai, maka talak tidak berlaku. Adapun, perkara ini hendaklah dilaporkan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran kerana perkara ini hanya boleh diputuskan oleh Hakim Syarie yang berbidangkuasa mengesahkannya. 

Sebagai rujukan puan juga boleh merujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor seperti link berikut: https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/hukum-cerai-melalui-sms/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image