BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adik bongsu saya lelaki, telah berkahwin selama 10/11 tahun dan mempunyai 3 org anak. Adik saya sering mengadu isteri tidak hormat beliau sebagai suami. Perkataan2 kurang sopan tu jadi kebiasaan dah dilepaskan pada suami dan anak2. Saya kesian sebabkan perkara ni hubungan dengan keluarga jadi renggang. Rumah adik saya dekat dengan rumah mak jadi kami harapkan dia kerap jenguk mak. Tapi dia la paling susah mak nak minta tolong, sampai mak tak sihat pun minta abang yang lagi jauh hantar ke klinik. Saya tahu salah adik saya juga tak tegas sebagai suami dari awal. Sampai tahap dia luka kena ketuk dengan kasut 'highheel' isteri dia masa bergaduh hari tu. Apa patut adik saya buat? Kalau dia tahu adik saya mengadu, memang dia akan mengamuk, anak2 jadi mangsa kena sebat sampai berbalar badan. Ada ketika dia tak ambil anak di sekolah sebab marahkan adik saya. Tak bagi anak makan sebab lepas kemarahan dan tunjuk protes. Biasa anak yang sulong kena, dah darjah 4 tahun ni. Bantu saya untuk saya nasihatkan adik saya. Terima kasih atas perhatian tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sebaiknya dalam perkara ini perlu diadakan perbincangan sesama suami dan isterinya, mungkin ada perkara yang pihak isteri terasa hati yang menyebabkan dia bertindak sedemikian. Masalah berkaitan emosi seseorang adakalanya menyebabkan kesan psikologi yang berpanjangan oleh perlakuan (perbuatan dan perkataan) orang lain yang berada disekelilingnya. Berbaik sangkalah, jangan menjauhkan dirinya dengan keluarga mentua/ipar dan mendoakannya agar lembut hati dan saling sayang menyayangi. Ketegasan atau tidak bukanlah ukuran, dalam berumahtangga hendaklah bekerjasama, saling hormat menghormati dan bertolak ansur agar wujud persefahaman. Keadaan ini tidak boleh dilihat dari sebelah pihak sahaja, pihak pasangannya juga perlu diambil berat. Jika perkara ini masih berpanjangan, pasangan tersebut boleh hadir ke sesi khidmat nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam yang berhampiran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 206

message user image