BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya tinggal berjauhan dari suami. Saya telah membeli sebuah rumah menggunakan duit saya sendiri. Saya telah meminta pertolongan adik saya untuk menolong membersihkan rumah sebelum berpindah. Beberapa hari kemudian saya memberitahu suami saya akan meminta tolong adik saya untuk mengecat rumah. Suami saya tidak mengizinkan saya memberitahu mengenai rumah tersebut kepada keluarga saya atas alasan tertentu sedangkan saya sudahpun memberitahu mengenai rumah tersebut kepada keluarga sebelum ini. Adakah saya berdosa kerana membawa adik ke rumah tanpa izin suami sedangkan ini adalah rumah saya sendiri dan bukan rumah yang disediakan oleh suami? Bolehkah saya merahsiakan bahawa saya pernah membawa adik saya ke rumah kerana saya takut suami akan marah jika dia tahu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, rumah tersebut adalah harta yang menjadi hak milik mutlak puan kerana ia diperolehi daripada hasil duit puan sendiri. Puan juga berhak dan berkuasa sepenuhnya ke atas pengurusan rumah tersebut. Oleh itu adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya puan meminta adik kandung puan bagi membantu urusan membersih dan mengecat rumah tersebut. Bagaimanapun dalam hubungan suami isteri adalah lebih baik sekiranya puan dapat memaklumkan kepada suami apa-apa perancangan yang puan ingin lakukan dalam urusan yang berkaitan. Bagi menjaga kemaslahatan dalam rumahtangga ada kewajarannya agar puan tidak memaklumkan kepada suami bahawa puan pernah membawa adik ke rumah puan sekiranya boleh menimbulkan kemarahan suami dan dibimbangi akan membawa kemudaratan dalam rumahtangga. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 153

message user image