Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jawapan
Puan sebagai anak perempuan tiri tidak menjadi mahram kepada bapa tiri melainkan jika ibu puan telah bersama (jima‘/bersetubuh) dengannya, sebagaimana firman Allah SWT Surah al-Nisa' ayat 23:
Maksudnya: Dan (diharamkan ke atas kamu) anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Sekiranya telah bersama, maka hubungan puan dan bapa tiri adalah mahram. Justeru, aurat adalah sama batasan auratnya antara puan dan bapa kandung iaitu antara pusat dan lutut, sekiranya tidak membawa kepada fitnah dan syahwat.
Namun, bagi anak-anak tiri kepada puan (iaitu anak hasil daripada perkahwinan suami bersama isteri lain), mereka bukan mahram kepada suami ibu puan (yakni datuk tiri mereka), kerana tiada pertalian darah, tiada susuan, dan tiada hubungan musaharah (perkahwinan langsung) antara mereka. Oleh itu, hukum aurat antara anak-anak perempuan tiri puan dengan datuk tiri mereka adalah sama seperti aurat dengan lelaki ajnabi. Justeru, tidak boleh bersalaman dan wajib menjaga batas aurat dan pergaulan antara mereka.
Sekian, terima kasih.