BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Maafkan saya sekiranya saya ada kekhilafan dalam soal agama. Saya dalam kekeliruan.

Saya ingin bertanya, bagaimana status eddah sekiranya dalam tempoh tersebut sy terlanjur dgn org lain dan didapati hamil. 

Tidak dinafikan, kehamilan itu mmg dari hasil orang lain.

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, hikmah tempoh iddah yang disyariatkan adalah supaya rahim perempuan yang diceraikan telah bersih dari benih suaminya terdahulu bagi membolehkan perempuan itu berkahwin apabila telah tamat iddahnya. 

Keterlanjuran dalam tempoh iddah dan menyebabkan kehamilan adalah sesuatu yang melanggar syariat. Hukumnya adalah berdosa besar. Pelakunya wajib bertaubat segera dengan taubat nasuha. Berkenaan tempoh iddah bagi wanita yang didapati hamil, tempohnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak. 

Sehubungan itu, puan juga boleh hubungi atau dapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Jabatan Agama atau Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk penjelasan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image