BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Beberapa hari yang lalu, saya pergi ke Kuala Lumpur dan tinggal di Guesthouse. Mereka menyediakan sarapan pagi dan saya hanya makan roti ( inti jem strawberry & planta) dan minum teh susu. Tetapi, lepas makan saya baru sedar bahawa saya makan di bar. Walaupun makan makananan yg halal termasuk minuman, tempat tersebut ialah bar. Persoalan saya, apakah hukum nya apabila saya berada dalam situasi sebegini? Apa perlu saya buat? Agak lambat menyedari tempat tersebut ialah bar, adakah ia menyalahi dalam Islam? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum asalnya adalah dibenarkan jika diyakini makanan berkenaan adalah halal dan tidak bercampur dengan arak atau perkakasnya telah disucikan. Namun begitu, bagi seorang muslim adalah perlu baginya untuk menghindari kedai makanan yang bercampur antara halal dan haram. Ini untuk mengelakkan fitnah. Para hukama’ mengatakan : اتقوا مواضع التهم Maksudnya : “Takutilah kalian tempat-tempat yang boleh mendatangkan tohmahan orang” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 159

message user image