BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum . Saya ingin bertanya apakah hukum membuang lemak yang berlebihan pada wajah? Seperti di bahagian pipi dan double chin 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum melakukan pembuangan lemak pada wajah, seperti di bahagian pipi atau double chin, hukumnya harus bergantung kepada tujuan dan kaedah yang digunakan. Jika pembuangan lemak itu dilakukan kerana faktor kesihatan (contohnya, kecacatan wajah, obesiti yang menyebabkan masalah pernafasan, stroke atau kesukaran bergerak), maka ia dibolehkan kerana menjaga kesihatan adalah tuntutan Islam.
Namun, jika tujuan membuang lemak hanya kerana ingin kelihatan lebih cantik atau mengikut trend kecantikan masa kini, maka hukumnya adalah haram kerana termasuk dalam mengubah ciptaan Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 15

message user image