BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya...jika suami saya pernah melafaz taklik seperti "jika dia ada berhungan badan dengan wanita lain dari kenal saya sehingga sekarang jatuh talak satu" selaps itu dia ingin mengulang semula ayat tersebut tetapi dia hanya berkata berkata "Semasa kita kenal bulan augus sebelum nikah jatuh talak satu"

soalan saya adakah lafaz kedua itu tetapi jatuh walaupum ayatnya tidak habis


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz taklik suami iaitu: "Jika dia ada berhungan badan dengan wanita lain dari kenal saya sehingga sekarang jatuh talak satu" dan kemudian suami menjelaskan atau menetapkan tempoh masa yang dimaksudkan iaitu: "Semasa kita kenal bulan augus sebelum nikah jatuh talak satu", maka taklik talak boleh berlaku sebagaimana yang suami maksudkan, iaitu jika perkara itu berlaku bermula dari mereka mula kenal. Sekiranya suami melanggar taklik tersebut maka jatuhlah talak satu ke atas isterinya.

Adalah dinasihatkan agar pasangan merujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal sekiranya telah berlaku pelanggaran taklik. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidangkuasa mengesahkan suatu lafaz taklik talak atau pelanggarannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image