Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Anak saya telah mengandung 10 minggu tanpa bernikah.. boleh kah kandungan itu di gugurkan? Apa hukumnya?
kalau sekiranya ia bernikah dengan lelaki tersebut semasa kandungannya 10 minggu. Apakah status anak yang di kandung?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, menggugurkan tanpa sebab yang diharuskan adalah suatu kesalahan (haram) yang hanya akan menambahkan lagi dosa.
Berdasarkan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 26 yang bersidang pada 7 – 8 Mac 1990 memutuskan bahawa, haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan teruk yang membahayakan nyawa ibu. Manakala Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah memutuskan bahawa:
1. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana ia dianggap sebagai satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Manakala, perkahwinan seseorang perempuan yang mengandung disebabkan zina dengan lelaki yang melakukannya adalah diharuskan. Walau bagaimanapun, anak yang dikandung tetap berstatus anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan (dibin/ dibintikan) kepada pasangan. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkan Hukum Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah dan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya
Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan, kerana rahmat dan keampunan Allah sentiasa terbuka bagi hamba-Nya yang kembali kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 31:
Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Sekian, terima kasih.