Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin bertanyakan tentang lafaz..
suami sy ada menyatakan 'jika sy bermessage,bervedeocall,bertegur atau apa2 sahaja dengan bekas boyfrend sy dye akan melepaskan sy' akan tetapi selang beberapa hari dye ada menyatakan xada niat nk berkata begitu' adakah sah lafaz taklik itu jika berlaku dan benda ni pun tidak berlaku lagi..
Jawapan
Merujuk kepada kenyataan suami kepada isteri iaitu: "jika sy bermessage,bervedeocall,bertegur atau apa2 sahaja dengan bekas boyfrend sy dye akan melepaskan sy", ini boleh dikategorikan sebagai makluman atau perkhabaran bahawa sekiranya suami dapati isterinya melakukan perkara yang dinyatakan oleh suami, maka suami AKAN melepaskan isteri. Ini bermakna, jika perkara itu berlaku, dan suami hendak menceraikan isteri, maka suami perlu mengucapkan lafaz talak kepada isteri.
Lafaz tersebut tidak membawa kepada berlakunya taklik talak. Namun untuk mendapatkan kepastian, perkara ini boleh dirujuk kepada Bahagian Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.
Dinasihatkan kepada isteri agar mengelakkan dari melakukan perkara yang dilarang oleh suami demi menjaga keharmonian rumahtangga.
Sekian, terima kasih.