BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah sah lafaz rujuk saya jika saya melafazkan rujuk terhadap bekas isteri saya tetapi isteri saya tidak bersetuju dengan lafaz rujuk tersebut. Adakah saya dikira telah rujuk kembali dengan melafazkan rujuk tersebu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, benar, cerai dan rujuk adalah hak suami. Rujuk berlaku dengan redha isteri mahupun tidak. Tidak menjadi kesalahan jika isteri tidak mahu rujuk bersama suami. Walau bagaimanapun, bagi menjamin kebahagiaan hidup berkeluarga adalah penting rujuk berlaku dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 110

message user image