Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Semasa zaman sekolah rendah dahulu (belum baligh) dan sekolah menengah (sudah baligh tapi mempunyai kematangan akal yang sangat rendah) , saya mempunyai habit suka mencuri. Setelah menginjak dewasa dan mempunyai kematangan dalam akal fikiran, saya sedar semua itu salah dan bertaubat sepenuhnya. Soalan saya:
Sekian terima kasih
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan:
1. Perlu menggantikan semua wang yang pernah dicuri kerana ia adalah hak orang lain.
2. Perlu berusaha untuk mengira dan mengagak jumlah yang pernah dicuri.
3. Perlu bayar terus kepada pemilik barang yang dicuri. Jika pemilik telah tiada, maka perlu serahkan kepada waris. Sekiranya dengan memaklumkan kepada pemilik barang tersebut akan menimbulkan fitnah atau kemudharatan yang lebih besar, maka memadai dengan menyerahkan barang tersebut atau nilainya tanpa memberitahu sebabnya.
4. Jika telah berusaha mencari dan meimikirkan siapa pemilik barang yang dicuri, kemudian tidak diketahui siapa pemiliknya, maka jumlah yang dicuri boleh disedekahkan. Jika pemilik muncul dan menuntut haknya, maka masih perlu tunaikan hak pemilik walaupun telah bersedekah.
Sekian, terima kasih.