BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz / ustazah.

Soalan saya menngenai aqidah.

1. Semasa saya masih kecil, saya tinggal berjiran dengan keluarga Hindu. Hampir setiap petang ketika dia bersembahyang saya akan nampak dia menghala dan memusing musing kan api di depan patung sembahan nya sambil di bunyi kan loceng. Sesekali ketika bermain main di hadapan rumah saya, saya akan meniru cara nyabersembahyang. Memang ketika itu tiada langsung tahu mengenai dosa dan pahala akibat perbuatan tersebut. Ketika sedikit dewasa pernah juga teringat perbuatan ini tetapi tiada pula timbul rasa takut kerana percaya tiada hukum ketika melakukan perbuatan tersebut kerana usia yang masih kecil dan hanya untuk bermain main semata mata. Saya terus lupa akan kejadian tersebut tetapi baru baru ini saya teringat kembali dan merasa sangat takut. Adakah aqidah saya terpesong walaupun semasa kejadian saya masih kecil. Apakah yang saya perlu lakukan untuk bertaubat setelah hampir 48 tahun kejadian ini berlaku.

2. Semasa saya masih kecil juga, saya ada memakai tangkal di pinggang dengan tujuan supaya badan saya berisi kerana ketika itu badan saya terlalu kurus. Saya tiada apa apa perasaan pun ketika memakai nya kerana masih kecil ketika itu. 

Ketika masih kecil juga, kawan saya ada bercerita mengenai 'harimau jadian' yang banyak membantu ketika susah. Saya terpengaruh dengan ceritanya dan pernah meminta doa dari 'harimau kejadian' ketika memohon sesuatu.

Kedua dua senario ini saya yakin aqidah saya tidak terpesong kerana saya masih kecil ketika itu tetapi saya tetap mahu pencerahan dari yang lebih arif supaya hati saya menjadi tenang.

3. Pada tahun 1999, kami pernah kehilangan motor.  Jiran kami telah menyarankan kepada kami untuk berjumpa dengan seseorang untuk mengetahui kedudukan motor kami. Kami pun bersetuju. Kami telah di bawa oleh rakan jiran kami ke tempat kejadian. Rupa rupa nya kami di bawa berjumpa dengan seorang bomoh. Jahil nya kami ketika itu kerana terus berurusan dengan bomoh tersebut. Beberapa tahun kemudian, bila kami mengetahui hukum dan kesan dari berjumpa dengan bomoh dengan tujuan untuk mencari barang yang hilang walau pun kami tidak percaya kepada ramalan bomoh tersebut tetap berdosa dan saya menjadi sangat takut. Apakah yang patut kami lakukan untuk bertaubat atas dosa ini.

4. Saya ada terbaca satu komen dari nitizen mengenai satu video. Dia menulis 'saya bangga beragama khatolik'. Adakah terpesong aqidah jika kita membaca penulisan yang seakan akan begini yang memuji muji agama lain walaupun kita tidak berniat seperti itu. Mohon pencerahan. 

Terima kasih ustaz / ustazah.

 

 

 

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi soalan 1 dan 2, situasi yang diterangkan adalah semasa kecil. Jadi perbuatan sebegini yang mengandungi unsur syirik atau khurafat tidaklah memberikan dosa. Bahkan sekarang ini puan sudah dewasa dan memahami perkara tersebut salah. Oleh itu, puan hanya perlu teruskan beribadah dan memohon hidayah kepada Allah SWT serta berusaha untuk meningkat pengetahuan ilmu fardu ain.

Soalan ke 3 pula, perbuatan pergi menemui bomoh dikira berdosa besar tetapi tidaklah dihukumkan kufur atau murtad selagi tidak mempercaya ramalan atau tilikan bomoh tersebut. Oleh itu, Puan boleh bertaubat kepada Allah SWT dengan tidak mengulanginya lagi.

Manakala berkenaan soalan ke 4, membaca perkara sebegini tidaklah memesongkan akidah puan selagi tidak mempercaya dan mengimani perkara tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image