BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan , soalan saya , apakah hukum jika kita membuat pinjaman perumahan dengan situasi harga nego sebanyak RM 100k tetapi market value rumah RM 160k , apakah hukum jika saya melakukan pinjaman penuh iaitu sebanyak 160k berbanding 100k tadi semata - mata untuk mendapatkan cashback sebanyak 60k , kerana ada niat untuk mengunakan cashback 60k tadi sebagai modal niaga / membuat keuntungan untuk membayar balik duit ke bank ?

Terima kasih tuan , Assalamualaikum 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hukum markup loan atau menaikkan pinjaman melebihi harga tawaran sesebuah urusniaga adalah harus dan dibolehkan. Ini kerana ia termasuk dalam transaksi hutang yang perlu dilunaskan. Perlu diberikan perhatian dan diteliti bahawa pinjaman ini mestilah patuh Syariah dan hutang dilunaskan sehingga selesai sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Bank.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image