BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

ASSALAMMULAIKUM ..

SAYA NAK BERTANYA  ANDAI KATA SUAMI SAYA LAFAZ KN "KALAU AKU PUKUL KAU AKU CERAIKAN KAU " ADAKAH TALAK AKAN JATUH MASA TU ?MASA TU SAYA TENGAH BERGADUH DRNGAN SUAMI . DIA TAK ADA PUKUL HANYA TARIK BAJU SAYA SAMPAI SAYA JATUH TERDUDUK . ADA KAH TALAK ITU SAH ? SEKARANG SAYA DGN SUAMI DUDUK BERASINGAN DAHULU .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

Lafaz yang diucapkan oleh suami iaitu "Kalau aku pukul kau, aku ceraikan kau" bergantung kepada maksud dan niat suami pada ucapan "aku ceraikan kau". Jika suami bermaksud menjatuhkan talak, iaitu jatuh talak atau isteri tercerai, maka taklik talak boleh berlaku. Namun, jika suami bermaksud menyatakan hasrat akan menceraikan isteri jika suami memukul isteri, maka taklik talak tidak berlaku. 

Walau bagaimanapun, pihak yang berbidangkuasa di dalam menentukan suatu lafaz taklik talak itu sah atau pun tidak, sama ada perlanggaran taklik talak berlaku atau tidak, adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disarankan kepada puan untuk mengadukan perkara ini ke Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah tersekat untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 66

message user image