BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ingin menanyakan soalan tentang nikah gantung. 

Salah seorang ahli keluarga saya, seorang lelaki berumur 19 tahun, diberi nama A. Baru baru ni, dia diberitahu teman wanitanya, diberi nama B, telah melahirkan bayi lelaki. A dan B bersama sudah 3 tahun dari zaman sekolah. 

B baru masuk kolej sem 1, B mmg ada masalah kesihatan iaitu Gerd dan setiap bulan tak pernah terlepas dia akan datang bulan. Dia tak pernah tahu dia mengandung dan dalam tempoh 9 bulan yang B tak tahu dia mengandung, beberapi kali dia ke klinik kerana sakit perut dan doktor hanya beritahu dia ada masalah gerd dan beri ubat yang berkenaan. B ada seorang perempuan yang kecil badannya dan kurus. 

Satu hari, B rasa dia sakit perut jadi dia pergi ke tandan untuk membuang air besar, tapi silap yang keluar adalah seorang bayi lelaki. Alhamdulillah, bayi sihat cukup sihat. Sekarang dalam proses berpantang dgn keluarganaya. 

A hanya mendapat tahu selepas B dan bayi lelaki ke hospital untuk proses selanjutnya, A masih berkerja sementara menunggu keputusan SPM pada bulan 5 dan berniat untuk sambung belajar ke peringkat universiti. 

Keluarga A dan B tidak menggalakkan perkahwinan antara mereka atas sebab mereka masih muda, tidak bekerja untuk sediakan nafkah (A kepada B & bayi lelaki)  dan mereka mahu sambung belajar ke peringkat yang tinggi. 

Soalan saya lebih kepada nasib bayi lelaki tersebut dan kedua pasangan, mengikut perfahaman saya, nikah gantung dibenarkan atas syarat dan persetujuan kedua dua belah pihak untuk tidak tinggal bersama untuk tempoh masa yang ditetapkan. Nikah gantung digalakkan sekirannya kedua dua pasangan tidak bersedia dan tidak mampu dalam segi kewangan dan juga untuk mengelakkan zina. 

Memandangkan mereka akan banyak meluangkan masa bersama, bagi saya nikah gantung adalah perkara terbaik untuk mengelakkan salah faham orang luar dan juga untuk menjaga status bayi tersebut untuk masa hadapan. 

Soalan saya, adakah nikah gantung solusi untuk masalah mereka atau ada cara lain? Dan, adakah cara lain untuk saya dapatkan nasihat secara berdepan selain di web ini?

Terima Kasih. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudari :

Nikah gantung atau disebut juga sebagai nikah al-khitbah adalah suatu akad nikah atau perkahwinan yang memenuhi semua rukun dan syarat sah nikah. Hanyasanya, pasangan suami isteri tersebut menangguhkan hari walimah, atau menangguhkan tinggal bersama untuk tempoh masa tertentu. Pada masa yang sama, kewajipan suami di dalam memberi nafkah juga ditangguhkan begitu juga di dalam melakukan hubungan kelamin atas persetujuan bersama.

Perkahwinan seperti ini pada asasnya adalah sah, jika memenuhi semua rukun dan syarat. Seandainya terdapat keperluan mahupun maslahah sebagaimana perkara yang dinyatakan, maka ia mungkin salah satu cara untuk mengelakkan daripada berlaku kemaksiatan seperti zina, anak luar nikah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perkahwinan seperti ini perlu mendapat persetujuan oleh para wali, kerana mereka masih lagi di bawah tanggungjawab mereka.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image