BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nk bertanya soalan berkaitan dgn hutang.  Pada tahun lepas saya ada berkunjing ke semennjung..pada mlm terakhir sebelum bertolak balkm ke sarawak saya sempat berkunjung ke uptown danau kota dan mengambil perkhidmatan berbekam. Pada malam tersebut saya dikenakan cas RM250 tetapi pd ketika itu saya hanya ada cash RM200.RM50 saya maklumkan akan di transfer..masalahnya smapai sekarang syaa tak dpt nk transfer kerana QR code yg say ambil haritu x dpt di baca oleh scanner kerana kurang jelas..saya call nombor yg diberi, yg menyahut bkn org tersebut.cm mana saya nk menjelaskn hutang tersebut sekuranya saya gagal nk menemui org tersebut..ada cara lain tak utk syaa melunaskan hutang tersebut..mohon bantuan utk pencerahan..terim kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, tuan hendaklah menggandakan usaha untuk menjejaki pemilik  kedai bekam tersebut atau warisnya. Sebagai contoh menggunakan kemudahan teknologi atau media sosial yang kebiasaannya digunakan oleh individu untuk membuat perkhidmatan iklan perniagaan atau apa-apa medium hebahan. Adapun begitu, jika telah berusaha sedaya upaya menjejaki tetapi masih gagal ditemui, bolehlah disedekahkan jumlah hutang tersebut atas nama pemiutang tersebut. Jika suatu masa nanti apabila pemiutang tersebut sudah berjaya ditemui, maklumkan kepadanya ia telah disedekahkan. Jika pemiutang menghalalkannya ia dianggap hutang telah selesai, namun jika pemiutang menuntut semula hutang maka hendaklah membayar hutang itu kepada pemiutang tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image