Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Sy ada soalan. Jika isteri mohon izin dari suami untuk keluar bersama rakan- rakan perempuannya..adakah ia akan menjatuhkan aib si suami? Adakah isteri tidak ada ruang untuk keluar dengan rakan-rakannya setelah berkahwin? Terima kasih..
Jawapan
Memohon izin kepada suami untuk keluar bersama rakan tidak menjatuhkan aib suami, bahkan Islam menetapkan bahawa seorang isteri perlu mendapatkan keizinan suaminya jika hendak keluar rumah. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 33 :
Maksudnya: Hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan jangan sekali-kali kamu keluar sebagaimana orang jahiliah yang dahulu.
Hidup berumahtangga memerlukan satu bentuk komunikasi yang berkesan agar rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Sebagai seorang isteri yang solehah, puan hendaklah berkomunikasi dengan cara yang baik dengan suami dan mintalah izin daripadanya terlebih dahulu. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34:
Maksudnya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.
Berkomunikasilah dengan suami agar rumah tangga harmoni dan berkasih sayang, di mana isteri meminta izin untuk keluar bersama rakan di samping menjaga adab dan pergaulan, manakala suami hendaklan memberi izin dan ruang yang selayaknya kepada isteri.
Sekian, terima kasih.