BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya anak ke 4 dari lima adik beradik, 2 lelaki 3 perempuan. Ayah sudah meningal. Tetapi datuk ada lagi. Kalau saya nak nikah siapa yang boleh menjadi wali saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, berikut adalah susunan wali mengikut tertib dan susunannya: 1. Bapa kandung 2. Datuk sebelah bapa ke atas 3. Saudara lelaki seibu sebapa 4. Saudara lelaki sebapa 5. Anak saudara lelaki seibu sebapa 6. Anak saudara lelaki sebapa 7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa 8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa 9. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa 10. Bapa saudara sebelah bapa sebapa 11. Datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya 12. Datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya 13. Moyang saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan moyangnya 14. Moyang saudara sebelah bapa sebapa dengan moyangnya 15. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu lelaki) 16. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu lelaki) 17. Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa 18. Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa 19. Anak datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan 20. Datuknya. 21. Anak saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya 22. Wali Hakim / Wali Raja / Wali Sultan Wallahu ta’ala a’lam.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 89

message user image