Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..saya ingin bertanya,saya Dan isteri pernah buat taklik tambahan, ( jika saya ade mana2 perempuan atau tengok video lucah maka jatuh talak) ..tapi semasa ucapkan taklik saya tak pernah ade niat untuk menceraikan isteri saya..saya Masih sayang kan perkhawina kami..ape perlu saya buat? Sy ade melanggar perjanjia taklik baru yang saya buat bersama isteri..saya tak nak kehilangan isteri saya
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, ucapan taklik iaitu; "jika saya ade mana2 perempuan atau tengok video lucah maka jatuh talak", adalah dikategorikan sebagai lafaz taklik yang sorih (jelas) maksudnya. Oleh kerana itu merupakan lafaz taklik sorih, maka tidak memerlukan niat suami semasa melafazkannya. Bermakna, jika suami tiada niat cerai pun boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri kerana lafaz itu jelas.
Sehubungan itu, saudara hendaklah melaporkan perkara ini ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk membuat pengesahan selanjutnya. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidangkuasa untuk memberi keputusan terhadap status perkahwinan saudara.
Sekian, terima kasih.