BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah terbatal suatu perkahwinan tersebut jika pasangan itu menyedari bahawa mereka telah melompat turutan wali nikah. Perkahwinan tersebut telah berusia 9 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Pasangan tersebut menikah berwalikan adik lelaki perempuan tersebut sedangkan datuk disebelah keluarga arwah bapanya masih hidup. Jika terbatal, apakah yang perlu dilakukan oleh pasangan tersebut dan bagaimana pulak status anak mereka?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, adalah dinasihatkan kepada mereka yang terlibat untuk melaporkan kepada Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau merujuk perkara ini ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal bagi mendapat penerangan, perintah dan tindakan selanjutnya terhadap status perkahwinan mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 86

message user image