BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya baru mengetahui suami saya berkahwin dengan saya hanya kerana tujuan bisnes. Dia meminta saya untuk membuat perniagaan untuknya. Dah selepas 6 bulan berkahwin suami diterima kerja di sektor awam dan terus menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan ingin menceraikan saya alasan tidak perlu buat bisnes lagi. Saya rasa dianiaya sangat kerana perkahwinan dianggap permainan. Bagaimana saya nak berdepan dengan semua orang dan status saya menjadi janda akan menjadi buah mulut orang. Apakah hukum seseorang berkahwin atas sesuatu sebab lalu meninggalkannya selepas gagal mendapat kemahuannya dan bagaimana pula pasangan yang rasa diri dizalimi?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebuah perkahwinan dihukumkan sah apabila memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. Adapun niat suami berkahwin kerana tujuan tertentu itu tidaklah menjejaskan akad perkahwinan tersebut. Namun, tindakan seumpama itu tidaklah wajar dan boleh membawa kepada dosa kerana membawa kepada penganiayaan pasangannya dari sudut zahir dan batin. Sebagai isteri, puan ada hak untuk menyuarakan permasalahan ini dengan merujuk kepada pihak yang berautoriti iaitu Unit Undang-Undang Keluarga di mana-mana Pejabat Agama Islam yang berhampiran bagi membuat aduan dan sesi khidmat nasihat agar suami dapat diberi bimbingan dan panduan tentang tindakan yang beliau lakukan itu. Dan sekiranya terpaksa berlarutan hingga ke peringkat Mahkamah Syariah pun, puan masih ada hak untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina tu dan menuntut hak yang sewajarnya bagi membela kezaliman dan penganiayaan yang berlaku itu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image