BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Maaf saya ada sedikit kemusykilan berkaitan wali. Jika seorang lelaki lahir dari kelahiran tidak sah ( maksudnya si bapa lahir dari kelahiran tidak sah) dan ibunya merahsiakan status kelahiran anak lelakinya  ( sibapa) sehingga sekarang. 

Si bapa telah berkahwin dengan isteri nya secara sah dan dikurniakan dua orang anak perempuan. Apakah boleh si bapa mewalikan anak nya? Yang mana status sibapa adalah anak tidak sah taraf?

Bagaimana jika status kelahiran bapa dirahsiakan, dan anaknya (cucu perempuan) berkahwin berwalikan si bapa, adakah perkahwinan anak perempuannya sah walaupun bapanya berstatus anak tidak sah. 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sekiranya bapa adalah anak tidak taraf sah dan dia menjadi wali kepada pernikahan anak perempuannya yang sah taraf, maka pernikahan anak perempuan itu adalah sah pada hukum syara.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image