BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, ayah saya telah meninggal dunia. Arwah ada seorang ibu, seorang isteri (tidak mempunyai anak bersama), dua orang anak lelaki (anak kandung bersama bekas isteri), seorang anak perempuan (anak kandung bersama bekas isteri). Bagaimanakah pembahagian faraid bagi kesemua waris tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan dan fakta kes yang diterima melalui panggilan telefon, pembahagian faraid bagi waris yang layak atas harta pusaka si mati (ayah) adalah sebagaimana berikut:

 

BIL. SENARAI WARIS BAHAGIAN  
1. Isteri 1/8 15/120
2. Ibu 1/6 20/120
3. Anak lelaki Asobah  34/120
4. Anak lelaki Asobah 34/120
5. Anak perempuan Asobah 17/120

 

Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar pihak tuan mendapatkan perintah faraid di Mahkamah Syariah. Di samping rujukan juga boleh dibuat di Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor untuk mendapatkan kepastian dan pengiraan harta pusaka yang lebih terperinci.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image