BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum membunuh monyet kerana merosakkan tanaman?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum membunuh haiwan fawasiq (haiwan perosak/ jahat) bergantung kepada tahap kerosakan dan gangguan yang ia timbulkan. Sekiranya ia mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada persekitaran seperti contoh merosakkan tanaman dan ternakan, maka hukum membunuhnya adalah harus dengan syarat dibunuh secara terus tanpa menyeksanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 122

message user image