BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalam ustaz saya nk tnya, saya ada buat personal loan (ada unsur riba) untuk kegunaa sendiri dgn niat untuk byr hutang dan selebihnya digunakan untuk makan minum. Apakah hukumnya ya sebab saya masih belum guna apa2 lgi dri amount tersebut ? Mohon ustaz jelaskan yer  


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, riba merupakan suatu perbuatan yang diharamkan. Allah memberi ancaman yang berat bagi mereka yang terlibat dengan riba. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 279:

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Merujuk kepada persoalan, adalah sebaiknya tidak menggunakan duit pinjaman tersebut untuk kegunaan sendiri sama ada bayaran hutang, makan minum dan sebagainya kerana ia dari sumber yang diharamkan Islam iaitu mempunyai unsur riba. Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم

Maksudnya: Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim. (Riwayat al-Tabrani)

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image