BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Kakak ipar saya telah meminjam duit emak tanpa pengetahuan adik beradik dan waris yang lain.Selepas arwah dah meninggal 6 tahun kakak ipar baru berkesempatan untuk membayar hutang emak.

Saya ada 4 beradik dan masih ada ayah..Dalam 4 beradik abang sulong telah meninggal.Kakak yang berhutang ni isteri kepada abang sulong(kakak ipar)

Boleh kah duit hutang arwah emak tu di faraidkan bahagi kepada ayah,abg no2,kakak no3 dan saya no4 serta anak² arwah abang no1 patut dpat jugak atau tidak..Betul kah cara ini...dan bagaimana cara pembahagiannya..

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hukum Faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang. Hukum Faraid adalah satu aspek penting dalam hukum keluarga Islam dan ia merupakan syariat dalam Islam dan telah dinaskan oleh al-Quran, al-Sunnah serta ijma’ ulama’. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 7:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ  نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Secara umumnya, waris yang berhak untuk mendapatkan harta faraid adalah abang no. 2, ayah dan 2 orang anak perempuan. Anak-anak kepada arwah abang no. 1 tidak layak memperolehi harta faraidh. Bagi cara pembahagiannya pula, ada baiknya puan merujuk terus kepada Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor yang berautoriti dalam hal ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image