BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Tuan, saya telah berkahwin, dengan balu mempunyai 3 org anak berusia 20 - 23 tahun, yg semuanya sedang dlm pengajian di IPTA dan IPTS.

Usia perkhawinan kami, hampir 2 tahun.

Saya adalah duda, anak 4, yg bercerai pda tahun 2021 yg lalu, mnakala isteri saya balu, selepas kematian suami, pada 17 tahun yg lalu.

Isteri saya berjawatan tinggi, di sebuah hospital swastar, dan setelah kami berkahwin, saya tinggal dirumah isteri, memandangkan, anak - anak isteri saya, dan juga isteri saya selesa dirumah mereka sendiri.

Saya berkerja sendiri, dan setelah berkahwin, rezeki saya menjadi sempit dan saya mengalami masaalah dalam perniagaan, dan saya mencuba untuk mencari sebarang pekerjaan demi menampung kehidupan setelah mempunyai keluarga baru. Alahamdulillah, isteri saya memahami situasi saya, dan juga, gaji isteri saya agak besar, dan baginya tiada masaalah untuk tidak mengharapkan saya, dlm menyara kehidupan mereka ber empat.. namun setelah kehadiran saya, dan agak sekian lama juga, saya mengharapkan sumber² kewangan yang agak terhad, untuk saya membayar pinjaman² sya yang sedia ada, termasuk kenderaan dan rumah yg saya miliki, meskipun rumah saya sewakan, dan mendapat sedikit lebihan daripada hasil sewaan tersebut.

Selama kami berkahwin, hampir 2 tahun, hanya sesekali saya mendapat sedikit duit, untuk saya belanjakan kepada keluargan baru, dan ini dpt di rasai oleh anak² tiri saya, yg sering melihat, ibu mereka yang senantiasa membayar tiap kali, keluar bersama, apabila hujung minggu.

Lama kelamaan, hubungan kami semakin renggang, dan anak² tiri saya, seakan akan melariksn diri, apa bila saya pulang kerumah dan kami hampir tidak bertegur sapa, untuk beberapa bulan, dan saya sememangnya dikala dirumah, saya akan tertekan, dan tiap kali anak² tiri saya berada dirumah, saya akan menghabiskan masa diluar, malahan saya pernah bermalam didalam kenderaan, dan di rumah² ibadat, surau dan masjid yang berhampiran. Dan isteri saya pun sudah mulai jarang bertanya, dan apabila saya pulang kerumah, saya hanya duduk di laman rumah, sehinggakan semua org masuk kebilik masing² untuk tidur, baru lah saya akan masuk kerumah, dan saya hanya tidur dilantai kerana bantal saya tiada di katil, tempat saya tidur, saya hanya menumpang di rumah isteri saya.. 

Menjelang ramadan 2025, saya diminta untuk meninggalkan kunci rumah, setelah malam sebelumnya saya tidak pulang kerumah, atas masaalah kenderaan saya yang kehabisan minyak, setelah saya seharian berada di masjid, berhampiran, pada hari puasa kedua, dan Alahamdulillah, saya meminta bantu kakak saya untuk meminjamkan saya beberapa ratus, dan setelah itu, saya terus pulang kerumah, dan dapati tiada seseorang pun dirumah, dan saya mengambil pakaian dan beberapa barangan peribadi, dan sekali lagi isteri saya mendesak agar saya meninggalkan kunci rumah.. 

Sayapun tinggalkan kunci rumah isteri saya didalam petisurat, dan menghantar gambar sebagai bukti, arahan isteri saya telah saya patuhi.. 

Dengan berbekal beberapa ratus ringgit yg dipinjam daripada kakak saya, saya terus menuju ke Kuala kangsar, dimana beberapa tahun lepas, saya ada membeli sebuah rumah disana, walaupun rumah tersebut agak usang, dan telah saya tinggalkan beberapa bulan, itulah sahaja tempat untuk saya jadikan tempat untuk berlindung dari hujan dan panas.. Syukur Alahamdulillah, ada beberapa pembayaran yg saya terima, melalui perniagaan saya yg terdahulu, dan dapat menampung perbelanjaan saya, untuk beberapa minggu akan datang, dan saya ada membayar deposit sebuah rumah kecil di shah alam, untuk saya memulakan hidup baru, Insyaallah, selepas Aidul Adha ini.. 

Persoalan saya, apa yg patut saya lakukan, dan bagaimana saya menebus kesalahan saya akibat gagal memberi nafkah pada isteri saya, selama saya berkahwin, dan apakah yg harus saya buat? Dan untuk pengetahuan Tuan, Saya sudah hilang rasa sayang dan cuma tinggal bagaimana saya harus bertanggungjawap kepada isteri saya.  Dan saya tidak mempunyai keinginan lagi untuk mempertahankan rumah tangga saya itu.. Sekian.. terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dalam menjawab pertanyaan tuan :

Dalam melayari kehidupan berumahtangga sudah pasti banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi, apatah lagi dalam keadaan pasangan telah ada pengalaman berkahwin sebelum ini dan telah mempunyai keluarga sendiri. Dalam Islam, komunikasi yang baik dan secara jujur amatlah dianjurkan dan ia menjadi antara faktor penting dalam membina "bonding" bersama keluarga. Tuan mungkin boleh berbincang dengan isteri tentang banyak perkara yang mungkin menjadi bebanan tuan, agar ia dimaklumi oleh isteri dan mumgkin anak-anak tiri tuan.

Sebenarnya nafkah itu bukan sahaja dari segi kewangan atau keperluan asasi, tetapi juga dalam bentuk perhatian, kasih sayang dan sokongan emosional kepada keluarga. Dalam situasi yang tuan hadapi ini, mungkin tuan merasa tertekan kerana tidak dapat memberi nafkah yang cukup dari segi kewangan, tetapi itu tidak bermakna suami seorang yang gagal dalam rumahtangganya, kerana mungkin kalau kita berbincang dengan baik dan jujur, isteri dan anak-anak mungkin lebih mengharapkan nafkah yang berbentuk kasih sayang, perhatian dan sebagainya. Ini semua akan dapat difahami dengan adanya komunikasi dua hala bersama isteri dan anak-anak tiri.  Semua orang menghadapi kesulitan dalam hidup dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan menyerap tekanan dan kesulitan itu. Yang penting adalah usaha yang dilakukan untuk memperbaiki keadaan, dan langkah pertama adalah mengenali masalah dan mencari penyelesaian bersama.

Dalam konteks perundangan keluarga Islam, dalam membantu merungkai permasalahan seumpama ini pasangan boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai di Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam yang berhampiran. Ini bagi memandu pasangan untuk memperbaiki hubungan dan mencari jalan lain secara bersama antara suami dan isteri. Namun, seandainya matlamat perkahwinan mungkin tidak tercapai dengan baik dan suami merasa sangat tidak bahagia dan berputus asa dalam memberikan yang terbaik dalam perkahwinan ini, mungkin perceraian adalah pilihan terakhir.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image