Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Ibu bapa Sy telah bercerai 20 lebih tahun yg lepas semasa kami kecil dan mempunyai 6 orang anak dgn talak satu di makhamah syariah. Masing2 telah berkahwin baru dgn pasangan masing2. Kesemua kami 6 beradik telah berkahwin dan mempunyai anak.
Baru2 ini selepas ibu saya selamat menjalani pembedahan kepala, dia telah teringat kisah silam dan menceritakan kpd kami. Ibu berkata bahawa semasa beranak satu, selepas kali kedua keguguran.. ayah telah menjaga ibu saya semasa dalam pantang dan membuat kerja rumah. Semasa ayah memberi makan kpd ibu, ayah ada berkata pada ibu, " Dah boleh noh talak tiga ni @ dah boleh sangat talak tiga ni". Ibu terkejut dan bertanya kembali kpd ayah. Lalu ayah berkata "eh tak2 rujuk semula".. lebih kurang begitulah seingat ibu yg diceritakan kepada kami. Adakah sah talak ini?
Sekian, terima kasih
Jawapan
Mejawab pertanyaan tuan :
Lafaz ayah tuan iaitu "Dah boleh noh talak tiga ni @ dah boleh sangat talak tiga ni" adalah suatu lafaz dalam bentuk khabari iaitu satu kenyataan yang mungkin berupa cadangan atau hasrat atau kenyataan ketika marah dan seumpama dengannya. Maka ia tidak menyebabkan jatuhnya talak. Ini bermaksud kalau sekiranya ayah tuan ingin atau hendak menceraikan isterinya selepas lafaz itu diungkapkan, dia boleh melafazkan talak secara jelas atau soreh kepada isterinya itu, dan tindakan ini barulah boleh menyebabkan jatuhnya talak, namun sekiranya ayah tuan tidak melafazkan talak maka ia tidak menyebabkan jatuhnya talak.
Sekian, terima kasih.