BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, saya nk bertanya 2 tahun lepas kejadian kemalangan dengan khinzir. Kereta saya pecah di bahagia hadapan. Saya turun check. Ada kesan macam bulu nya, tapi saya dalam keadaan kering. Tidak pasti saya pegang atau tidak .Adakah saya perlu sertu ? Dan selepas 2,3 hari baru saya sertu untuk hilangkan was was, adakah pakaian yang saya pakai dalam 2-3 hari itu perlu disertu serta bahagian dalam kereta perlu disertu? Sebab saya yang drive kereta lepas kejadian. Harap dapat maklum balas, dah bertahun bermain di fikiran. Kereta bahagian luar &tangan saya dah sertu. Untuk kepastian menghilangkan was2 saya .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak perlu menyertu pakaian tersebut, kerana tuan sendiri tidak pasti sama ada bulu khinzir itu terkena pada pakaian atau tidak. Oleh kerana tuan telah menyertu bahagian luar kereta dan tangan, maka bahagian dalam kereta dan pakaian tidak perlu disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 85

message user image