Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pertanyaan ini adalah sulit dan secara peribadi.
Assalamualaikum.
Saya ingin mendapat pandangan tuan berkenaan situasi yg saya sedang alami. Sejak 2 tahun lepas, isteri saya telah diperkenalkan kepada komuniti THINK QURAN (TQ) betempat di seksyen 13 Shah Alam. Secara asasnya TQ adalah satu aplikasi utk mengenal maksud perkataan Al-Quran secara terjemahan langsung. Pada mulanya TQ diperniagakan mengunakan sistem Multi- Level marketing dan kemudian secara affiliate. Pemimpin TQ mendapat pendapatan lumayan setiap bulan sehingga ada yang melebihi puluhan ribu sebulan. Visi TQ ialah utk 100 juta umat faham perkataan dalam Al-Quran.
Persoalan saya ialah 1. Boleh ke pemimpin TQ mengeluarkan kenyataan mengatakan yang kita wajib menjalankan aktivi TQ kerana ianya adalah satu fardu ain dan yg tidak ikut akan berdosa. 2. "Allah sudah memilih kamu, jadi kamu mesti berjihad menjalankan TQ sehingga mati" 3. "Mana ahli TQ yang tidak berusaha bermatian utk mengembangkan TQ pasti akan menyesal di akhirat."
Sesi meeting online utk menanam kefahaman TQ dan business model TQ diadakan setiap hari -7:30 pagi, 5:00 ptg dan 9:30 malam. Selalu juga perjumpaan secara fizikal di pejabat TQ, hotel dan restoren. Syarikat ini jugak menjalankan bisness saham crypto utk ahli TQ melabur.
Pada pandangan saya, isteri saya telah taksud dengan TQ,pemimpin dan Ustaz di TQ sehingga tanggungjawab hakiki isteri telah berubah ke menjalankan aktiviti TQ dari pagi ke tengah malam setiap hari. Nasihat saya tidak diterima isteri kerana pada dia apa yang dilakukannya adalah berjihad menyebarkan TQ. Apa harus saya buat? Saya bimbang kegiatan TQ ini akan menjadi macam kumpulan Al-Ikhwan kelak.
Terima kasih.
Rafidzi
Jawapan
Secara asasnya apa yang dilakukan oleh Think Quran (TQ) adalah baik dengan mengajak orang ramai lebih memahami dan mendalami ilmu al-Quran. Namun dengan dakwaan tuan terhadap aplikasi ini, sewajarnya aduan rasmi perlu dibuat kepada pihak Berkuasa Agama seperti JAIS. Ini bagi mengekang dakyah-dakyah palsu yang mempergunakan agama sebagai modal untuk perniagaan.
Oleh itu, memastikan sesuatu dakwaan itu merupakan satu tuntutan bagi mengelak terjadinya fitnah dan permusuhan di antara manusia. Satu kaedah yang masyhur ada menyebut:
Maksudnya: “Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti”
Sekian, terima kasih.