BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan yang ingin saya tujukan adalah berkaitan talak. Adakah jatuh talak jika suami berkata kepada isterinya "ada isteri macam tak ada isteri"? Maklumbalas dari pihak tuan amat dihargai. Terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz itu bukanlah lafaz talak dan merupakan kenyataan yang berkemungkinan diungkapkan sebagai satu peringatan atau amaran atau sebagai gambaran rasa marah suami terhadap isterinya. Berkomunikasi dengan pasangan dengan cara baik adalah digalakkan bagi mengelakkan lafaz talak yang tidak diingini. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image