BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanya.

Hari jumaat lepas saya dan isteri bergaduh,selepas tu saya telah melafazkan taklik dalam keadaan marah,saya lafaz "KALAU ENGKAU KELUAR KERJA DALAM SEMINGGU NI,MAKA JATUH TALAK" Isteri saya tidak keluar bekerja dalam seminggu ni ,,adakah taklik itu akan terbatal selepas seminggu..??ada kah keluar rumah akan jatuh talak?ataupun keluar rumah bekerja baru jatuh talak seperti lafaz taklik saya diatas..adakah sabtu 12hb April isteri sy boleh keluar bekerja dan talak tidak jatuh dan lafaz taklik saya terbatal...

 

 

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz taklik iaitu : "KALAU ENGKAU KELUAR KERJA DALAM SEMINGGU NI,MAKA JATUH TALAK", adalah lafaz taklik yang soreh dan ia diikat dengan tempoh "seminggu ni" sebagaimana yang dilafazkan. Oleh kerana isteri tidak keluar bekerja dalam tempoh tersebut, maka taklik itu juga telah luput dan tidak terpakai lagi. Isteri boleh keluar bekerja selepas itu. Kejatuhan taklik itu adalah berdasarkan kepada ayat yang dilafaz oleh saudara iaitu "keluar kerja" bukannya asal sahaja keluar dari rumah.

Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan agar merujuk kepada pejabat agama Islam terdekat bagi mendapatkan pengesahan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image