BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, soalan saya, boleh ke saya upload video2 anime di media sosial..samada bahagian yang kelakar sahaja atau bahagian yang sy rasa menarik.?  Terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum memuat turun video animasi di media sosial perlu mendapat kebenaran dan keizinan tuan punya pemilik video tersebut. Dalam pemilikan harta intelek, di sana ada hak cipta yang perlu dihormati hasil daripada titik peluh seseorang atau syarikat dengan modal dan belanja yang besar. Justeru, perlulah kita mencermati dalam mengambil sebarang tindakan agar tidak termasuk dalam kalangan mereka yang mencetak rompak. Kecuali jika pemilik telah mengizinkan sama ada secara bertulis atau bersyarat, maka harus dengan syarat bukan video animasi yang mengandungi unsur maksiat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image