Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum YBhg SS Tuan Mufti.
Saya Mej Mohamad Aswad bin Abdul Rahman dari KAGAT ATM. Saya ingin mohon jasa baik perkongsian dari pihak Tuan seperti berikut:
1. Teks doa khas sempena keberangkatan tiba DYMM Tuanku Sultan Selangor ke Majlis Berbuka Puasa.
2. Teks doa khas majlis santapan bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor.
3. Teks doa keberangkatan pulang DYMM Tuanku Sultan Selangor.
4. Teks doa Majlis penyerahan sumbangan ramadan/raya dari DYMM Tuanku Sultan Selangor.
5. Mohon dikongsikan juga SOP/Protokol yg perlu dipatuhi oleh pembaca doa sebelum & selepas membaca doa.
Jazakallah Tuan.
Jawapan
Berkaitan soalan dari pihak tuan, adalah dimaklumkan bahawa pertanyaan ini tidak berkaitan dengan fungsi Sistem Taudhih Al-Ahkam (soal jawab kemusykilan agama) ini.Untuk makluman lanjut, pihak tuan boleh merujuk kepada Bahagian Maktabah melalui no. telefon 03-55143757 atau email : mail@muftiselangor.gov.my
Sekian, terima kasih.