BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, untuk pengetahuan uztaz saya bekerja sebagai seorang pramugara di salah satu syarikat penerbangan di malaysia. Saya ingin bertanya apakah hukum menghidangkan arak kepada pelanggan. Patut saya berhenti dan cari peluang pekerjaan lain yang lebih baik?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika tuan terlibat secara langsung dengan proses pengurusan arak seperti di stor penyimpanan yang mana perlu mengangkat minuman tersebut atau sebagainya, maka perbuatan tersebut tersenarai di antara golongan yang dilaknat oleh Nabi Muhammad s.a.w sepertimana sabda hadis yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak, iaitu: 1) Yang memerah 6) Yang menuangkannya 2) Yang minta diperahkan untuknya 7) Yang menjualnya 3) Yang meminumnya 8) Yang meletakkan harga 4) Yang membawanya 9) Yang membelinya 5) Yang minta untuk dihantarkannya 10) Yang minta dibelikannya (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) Dalam hal ini, sebaiknya berbincang dengan pihak pengurusan, supaya skop tugasan tersebut dilakukan oleh mereka yang non-muslim. Namun jika tiada pilihan lain maka carilah pekerjaan lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 294

message user image