BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin mendapatkan penjelasan dalam topik berkaitan dengan hubungan diantara adik beradik. Saya mempunyai 3 orang adik beradik, termasuk saya 4 orang, 2 abang dan seorang kakak. Abang sulung saya menghidap masalah mental OCD tapi masih berfikiran waras. Disebabkan ini dia tidak pernah kerja. Mak saya telah menjaga dia dengan buat semua kerja untuk dia dari segi penyediaan makanan dan semua kerja-kerja rumah. Dia telah menjaga dia macam budak kecil. Saya dan abang kedua yang jaga kewangan keluarga, tapi abang kedua saya tidak tinggal bersama kami tiga adik beradik. 

Baru-baru ini, mak saya telah meninggal dunia. Walaubagaimanapun, abang saya masih sama, tidak ada usaha nak sembuhkan penyakitnya, dan dia menggunakan alasan penyakitnya untuk tidak mencari kerja dan buat kerja-kerja rumah. Dia masih mengharap kami, saya dan kakak saya untuk jaga dia seperti mak kami.

Semasa mak saya masih ada kami dah lali suruh dia cari kerja. Setiap kali dapat kerja dia hanya akan tahan beberapa hari dan akan berhenti dengan alasan terlalu susah.

Abang saya yang kedua juga berfikiran bahawa saya dan kakak akan terus tinggal di rumah yang sama dan jaga abang saya. 

Saya ingin bertanya, bolehkah saya dan kakak saya keluar dari rumah untuk menjauhkan diri dari dia. Kami dah tak boleh tahan dia asyik menharapkan kita jaga dia sebagai seorang budak kecil. Adakah kami boleh menjauhkan diri untuk keluar dari situasi ini? Tapi kami tidak akan putuskan silaturahim dan akan support dari luar. Kami tidak dapat melihat dia berkelakuan seperti sekarang dan duduk di rumah sama. Adakah tindakan yang kami nak ambil ini betul? Mohan penjelasan.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, abang sulung seharusnya berusaha untuk mencari sumber kewangan dan menyara diri sendiri. Ini kerana penyakit OCD yang dialami beliau tidak sampai tahap yang teruk dan masih mampu untuk bekerja. Oleh itu, ahli keluarga yang lain boleh menggunakan apa-apa cara yang bersesuaian untuk mendidik abang sulung tersebut supaya berdikari. Jika dengan cara menjauhkan diri daripadanya tanpa memutuskan silaturahim adalah dibolehkan dengan syarat dipantau aktiviti abang sulung tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image