BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya nak tentang zihar.  Situasi saya

saya (isteri) melawak dengan anak saiz badan adik saya besar macam abah (suami) ..Adakah situasi ini dikira zihar. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, zihar ialah perkataan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin selama-lamanya dengannya atau menyamakan mana-mana anggota isteri. Maka, zihar tidak jatuh apabila dilafazkan oleh isteri kerana salah satu rukun zihar adalah lafaz daripada suami.

Adapun jika lafaz tersebut diungkapkan oleh suami, ia juga tidak dikira zihar kerana zihar hendaklah dilihat dari segi niat dan cara perkataan itu dilafazkan. Sekiranya seorang suami berkata sesuatu yang mirip dengan zihar akan tetapi niatnya mulia seperti atas dasar kecantikan atau menyifatkan isterinya seperti ibunya pada saiz, bentuk atau sifat-sifat lain, maka ia tidak dikira sebagai zihar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 8

message user image