Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaykum ustaz.. sy lafazkan talak 1 kepada isteri dengan niat. selepas itu isteri mendesak, mengancam dan memaksa saya untuk saya lafazkan talak 3 kepada dia. Dengan keadaan tegang sy lafazkan talak 3 tanpa niat. Apa hukumnya ustaz. Mohon pencerahan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz talak yang dilafaz dengan cara yang soreh, jelas dan terang maksudnya maka gugurlah talak. Oleh kerana berlaku lafaz talak 1 diikuti dengan lafaz talak 3, perkara ini hendaklah segera dilaporkan ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan oleh Hakim Syarie. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidangkuasa pengesahkannya.
Sekian, terima kasih.