Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan
Assalam...tuan sy telah membuat larangan ke atas isteri sy...ketika sy tengah marah...sy telah melarang isteri pulang ke rumah orang tuanya tanpa izin sy...saya bagitahu. Abang tak benarkan kamu keluar dr rumah ini walaupun selangkah....dan isteri saya tetap keluar juga....adakah ini dikira sebagai taklik
Jawapan
Lafaz yang telah diucapkan suami iaitu "Abang tak benarkan kamu keluar dr rumah ini walaupun selangkah" bukanlah lafaz talak atau taklik. Talak tidak jatuh dengan hanya berniat tanpa menyebutkan lafaz cerai secara jelas (sarih) mahupun kiasan (kinayah) yang merupakan salah satu rukun talak.
al-Syirbini di dalam Mughni al-Muhtaj mengatakan:
Maksudnya: "talak tidak jatuh dengan niat tanpa melafazkannya".
Sekian, terima kasih.