BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz,sya ingin bertanye soal nafkah ank lelaki yang telah berkwin,dan ank itu dri bekas isteri yang lalu adakah masih atas tgjwb sorang bapa walaupun anak itu telah berkwin DAN SUDAH MEMPUYAI ISTERI DAN ANK ,dn bapa telah berkwin baru ADAKAH TNGGUNGAN ANAK ITU WAJIB LG KEATAS BAPA ,SMPAI UMUR BERPA WAJIB BAPA MENANGUNG  ANK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN,WALAUPUN SUDAH BERCERAI sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mengikut undang-undang keluarga Islam, bapa berkewajipan memberikan nafkah kepada anak-anak sehingga anak mampu berdikari atau telah berusia 18 tahun melainkan diperintah sebaliknya oleh Mahkamah. Adapun bagi anak perempuan, perintah nafkah tersebut berkuat kuasa selagi belum berkahwin.

Dalam konteks persoalan puan di atas, sekiranya anak lelaki itu telah berkahwin dan dia berkemampuan serta memiliki harta maka bapanya sudah tidak berkewajipan untuk menyediakan nafkah untuk anak tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image