BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ustaz,

soalan pertama saya ialah saya ada mendengar kuliah yang membicarakan tentang azab atau balasan kepada umat yang tahu ada pengajian agama tetapi tidak mahu hadir. Balasan bagi jemaah yang tidak hadir tersebut akan masukkan ke neraka sair. Benarkah ada hadis mengatakan demikian.

Soalan kedua, benarkah diakhirat kelak kepada yang menjadi ahli masjid atau yg mengimarahkan masjid ada dicatatkan didalam hadis di akhirat kelak mereka akan menaiki unta putih yang akan membawa mereka ke bawah arasy Allah. Antara penumpangnya, dikepala adalah golongan imam, dilehernya pula bilal dan siak dan di badannya pula di khaskan buat ahli masjid yakni orang yang selalu ke masjid. Minta pencerahan ustaz dan rujukan hadisnya. 

Terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Setakat carian terkini, tidak ditemui lagi mana-mana hadis atau riwayat yang menyebutkan tentang kedua-dua perkara yang telah disebutkan. 

Walaupun begitu, tidak dinafikan akan kelebihan menuntut ilmu dan juga kelebihan mengimarahkan masjid. Mereka yang mengimarahkan masjid bukan sahaja terdiri daripada jawatankuasa masjid, akan tetapi umum kepada sesiapa yang mengimarahkan masjid seperti zikir, solat, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image