BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Masalah saya, suami saya suka berjudi dan mengambil dadah. Setiap hari akan bergaduh. Saya dah tidak tahu bagaimana nak mengubah beliau. Soalan saya, berdosakah saya kerana meninggi suara dan tidak menghormati suami?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, menegur kesalahan suami adalah menjadi tanggungjawab puan untuk memastikan suami puan tidak berterusan di dalam dunia maksiatnya. Akan tetapi, teguran hendaklah dilakukan dengan penuh bijaksana dan dengan niat mengubah suami kepada yang lebih baik. Hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda ; لَو كُنْتُ آمراً أحَداً أنْ يَسْجُدَ لأِحَدٍ، لأمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا Maksudnya : “Jika aku dibolehkan untuk menyuruh seseorang sujud kepada seseorang yang lain, maka sudah tentu aku akan menyuruh seorang isteri sujud kepada suaminya”. (Riwayat at-Tirmizi) Dalam situasi yang puan hadapi, suami terlibat dalam penagihan dadah dan bermain judi, ianya jelas berdosa disisi agama dan boleh menyebabkan kemudhoratan yang lain kepada puan dan anak-anak. Sebaiknya puan mendapatkan nasihat dari Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan untuk mencari penyelesaian terbaik tentang hala tuju rumah tangga puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 147

message user image