Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum...
saya ada satu pertanyaan mengenai barang tinggalan arwah dalam rumah pusaka setelah dibahagi sama rata ada lebihan lagi barang tinggalan dan
rumah tersebut sudah dimiliki saya sepenuhnya adakah saya berhak keatas barang tersebut dan jugak berhak untuk dibahagi kepada sesiapa saya ingin bahagikan
dan satu lagi adakah ahli keluarga lain perlu mintak izin jika hendak mengambil barang lebihan tersebut dengan saya....
Jawapan
Secara asasnya, barang lebihan yang berada dalam rumah tersebut merupakan harta pusaka simati. Ia perlu dibahagikan atau dinilaikan dalam bentuk wang dan dibahagikan kepada waris penerima. Oleh itu, tuan perlu berbincang bersama waris lain untuk dibahagikan barang-barang tersebut. Namun, jika semua ahli waris setuju untuk menyerahkan barang tersebut kepada tuan, maka tuan boleh mengambilnya.
Sekian, terima kasih.